JPPM Negeri Pahang telah mengadakan Program #ros_care Bil.11 Tahun 2025 bersama pertubuhan di daerah Pekan. Taklimat ini memfokuskan kepada pertubuhan baru dan pertubuhan lama yang telah didaftarkan sebelum tahun 2012. Program ini bertujuan untuk mendigitalkan perlembagaan ke dalam sistem eROSES, pengurusan pertubuhan dan tadbir urus bagi memastikan pertubuhan berdaftar bergerak sejajar dengan Akta Pertubuhan 1966.













