Galeri Foto

PROGRAM #ROS_CARE SEMINAR KESEDARAN KESELAMATAN PERTUBUHAN “KOMUNITI BEBAS DADAH: TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA”

IPOH, 18 November 2025 (Selasa) - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Negeri Perak dengan kerjasama AADK Negeri Perak telah menganjurkan Seminar Kesedaran Keselamatan Pertubuhan bertempat di Auditorium KDN, Aras 5, Kompleks KDN.

Seminar ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah, memperkukuh peranan komuniti dalam pencegahan, serta meningkatkan keupayaan mengenal pasti dan membantu individu terlibat penyalahgunaan dadah.

Taklimat disampaikan oleh Encik Mohamed Zaharen bin Ibrahim dan Encik Ahmad Rosshairi bin Mohamed Raslan dari AADK Negeri Perak, yang memberi fokus kepada ancaman dadah semasa serta panduan pencegahan dalam konteks pertubuhan.

Program ini mendapat sambutan baik dengan 43 peserta daripada 21 pertubuhan pelbagai kategori, menunjukkan komitmen bersama ke arah mewujudkan komuniti yang lebih selamat dan bebas dadah.

-------
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP