MAJLIS KHATAM AL-QURAN ANJURAN KELAB AMAL DAN REKREASI IBU PEJABAT JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA
PUTRAJAYA, 21 Mac - Majlis Khatam Al-Quran anjuran Kelab Amal dan Rekreasi Ibu Pejabat JPPM (KARiB) telah berlangsung dengan penuh keberkatan di Galeri Ilmi JPPM hari ini.
Majlis yang disertai oleh semua warga kerja JPPM ibu pejabat ini diadakan sebagai satu bentuk penghormatan dan penghayatan terhadap bulan Ramadan.
Semoga dengan sempurnanya khatam Al-Quran ini, kita semua diberkati dengan rahmat dan ampunan Allah, serta diberi kekuatan untuk terus mendalami dan mengamalkan ajaran-ajaran yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran.