Galeri Foto

TAKLIMAT PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PERTUBUHAN SEMPENA FORUM KHAZANAH BAKAU 2025: MENYANTUNIWARISAN MEMBANGUN HARAPAN ANJURAN GLOBAL ENVIRONMENT CENTRE (GEC) DENGAN KERJASAMA YAYASAN SIME DARBY (YSD)

19 Ogos 2025 (Selasa) - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Perak telah menerima jemputan bagi menyampaikan Taklimat Pentadbiran dan Pengurusan Pertubuhan sempena Forum Khazanah Bakau 2025: Menyantuni Warisan, Membangun Harapan anjuran Global Environment Centre (GEC) dengan kerjasama Yayasan Sime Darby (YSD) bertempat di The Orient Star Resort, Lumut, Perak. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Nurulhuda binti Mohd Akob, Pengarah, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Perak.

Jumlah peserta program ini adalah seramai 112 orang yang terdiri daripada ahli dan ahli jawatankuasa enam (6) pertubuhan berkaitan bakau yang berdaftar di bawah JPPM di negeri Perak, Kedah, Selangor dan Johor dan satu (1) pertubuhan daripada negara Indonesia.

Adalah diharapkan melalui taklimat ini pertubuhan dapat melaksanakan objektif pertubuhan dengan baik dan berkesan, diuruskan dengan cekap berdasarkan kepada undang-undang berdaftar pertubuhan berkenaan, serta dapat menyelenggara rekod-rekod pertubuhan dengan lengkap, kemaskini dan sistematik dan lahir sebagai pertubuhan berkualiti.

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP