Ipoh, Perak – 30 April 2025 – Taklimat Pengurusan Pertubuhan dan Penyata Tahunan Bilangan 2 Tahun 2025 Secara Bersemuka merupakan program yang dianjurkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Perak khusus kepada semua pertubuhan berdaftar di Negeri Perak.
Kursus ini adalah sebuah program yang dirangka khusus bagi pertubuhan-pertubuhan yang baru berdaftar pada tahun 2024 dan tahun 2025 di Negeri Perak. Kursus ini merupakan salah satu inisiatif untuk memenuhi kehendak jabatan bahawa semua urusan mengenai pengurusan pertubuhan dilaksanakan secara atas talian eroses. Sebanyak 85 peserta daripada 40 pertubuhan telah menghadiri ke kursus ini.