Galeri Foto

KUNJUNGAN HORMAT DAN PERBINCANGAN SOP HAL EHWAL AGAMA ISLAM
KUCHING, 24 Februari 2025: Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Sarawak, YBrs. Hajiawati binti Tambi, telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), YBrs. Ustaz Haji Mual bin Haji Suaud di Pejabat JAIS, Majma, Kuching.
Kunjungan ini diikuti dengan sesi perbincangan berkenaan pendaftaran pertubuhan keagamaan bukan kerajaan (NGO) bersama pihak JAIS.
Perbincangan ini turut membincangkan hala tuju NGO khusus pertubuhan Islam dan SOP Baharu yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Semoga kerjasama erat antara JPPM dan JAIS terus diperkukuh melibatkan pertubuhan & organisasi keagamaan di Sarawak.
-----------
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP