MELAKA, 18 MAC 2025 – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Melaka dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasa dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri telah menjalankan program pemeriksaan bernotis ke atas pertubuhan kategori kebajikan, sosial dan faedah bersama (khairat kematian) di Dewan Persidangan, Aras 4, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Seramai 14 orang peserta mewakili 8 pertubuhan telah hadir ke program tersebut.
Tujuan utama program
pemeriksaan bernotis ini ialah untuk memastikan pertubuhan-pertubuhan yang
berdaftar diurus tadbir secara baik dan berkualiti selaras dengan Akta
Pertubuhan 1966 [Akta 832] dan Undang-Undang Tubuh Pertubuhan.
Program pemeriksaan
bernotis ini akan dilaksanakan secara berkala sebagai suatu usaha Jabatan
memantau pertubuhan selaras dengan peranan Jabatan dalam mengawal selia
pengurusan pertubuhan, program dan aktiviti supaya tidak bertentangan dengan
Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832], perlembagaan pertubuhan, dasar negara,
keamanan, kebajikan dan keselamatan, serta ketenteraman awam atau keharmonian
sosio-budaya.












