Galeri Foto

BENGKEL PENULISAN KREATIF MEDIA SOSIAL DAN FOTOGRAFI TAHUN 2025
JOHOR BAHRU, 20 Jun 2025 - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) telah menganjurkan Bengkel Penulisan Kreatif Media Sosial dan Fotografi Tahun 2025 bertempat di Hotel Amerin, Johor Bahru dari 18 hingga 20 Jun 2025.
Bengkel yang diadakan dengan kerjasama Kolej Komuniti Sungai Siput, Perak melalui Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat ini bertujuan untuk memberi kemahiran kepada Pegawai Perhubungan Awam JPPM Negeri dalam menggunakan aplikasi media sosial yang bersesuaian dalam menyampaikan mesej secara jelas dan efektif.
Selain itu, bengkel ini juga melatih pegawai untuk meningkatkan kemahiran pemasaran maklumat digital seterusnya memenuhi keperluan asas untuk menguruskan media sosial jabatan.
Majlis penutup dan penyampaian sijil penyertaan telah disempurnakan oleh YBrs Encik Shahrizal bin Nuar@Anuar, Pengarah Bahagian Pengurusan Strategik JPPM.
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP