Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Terengganu mengadakan Program Kuliah Dhuha Ramadan Siri 1/2025 yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Ahmad Syukri bin Buang, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Pendidikan Islam, Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu. Semoga dengan segala nasihat dan perkongsian beliau dapat dimanfaat serta diamalkan oleh warga JPPM Negeri Terengganu dalam kehidupan seharian.