ALOR GAJAH, 12 April 2026 – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka telah berjaya menganjurkan Program Keselamatan Bersama Komuniti bertempat di Kompleks Air Panas Gadek, Melaka pada hari ini. Seramai 150 orang peserta terdiri daripada pertubuhan dan komuniti setempat telah hadir menjayakan program ini.
Program bersempena inisiatif Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) ini telah dirasmikan penutupannya oleh YB Datuk P. Shanmugam a/l V. Pitchay, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Melaka merangkap ADUN Gadek. Turut hadir memeriahkan majlis Penguasa Bomba Tuan Zulkhairani bin Ramli, Ketua Zon Alor Gajah, Melaka.
Antara pengisian utama program termasuklah sesi taklimat keselamatan dan demonstrasi penyelamatan kebakaran serta air oleh pihak JBPM Negeri Melaka, pameran kebombaan dan Pertandingan Mewarna Bomba Cilik.
Syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan aspirasi kesejahteraan komuniti ini.














