BANGI, 1 Julai 2025 - YBhg Dato’ Mohd Zulfikar bin Ahmad, Ketua Pengarah JPPM menghadiri Sesi Meja Bulat Ekonomi Perkongsian dan Industri Gig anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bertempat di Tenera Hotel & Suites, Bandar Baru Bangi.
Majlis turut diserikan dengan sesi penyerahan simbolik sijil kepada wakil industri oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, sebagai penghargaan atas penyertaan dan sokongan dalam memperkasa ekosistem ekonomi gig negara.





