Pemeriksaan Bernotis dan Program Pejabat Bergerak ini merupakan satu inisiatif JPPM Negeri Kelantan bagi memastikan pertubuhan yang berdaftar di sekitar Gua Musang terutamanya cekap serta mahir dalam mentadbir serta menguruskan pertubuhan mengikut Akta Pertubuhan 1966.
Pemilihan untuk menjemput pertubuhan ke program ini adalah pertubuhan yang beralamat di Kuala Krai dan Gua Musang. Sebanyak 30 pertubuhan induk dijemput untuk menghadiri program bagi sesi ini. Pihak JPPM Negeri Kelantan mengambil langkah pemantauan ke atas pertubuhan bagi semua kategori terutama dalam kategori keagamaan, kebajikan dan rekreasi dengan mengadakan program turun padang kerana ianya merupakan KPI Kementerian Dalam Negeri Tahun 2021.
Program
ini merupakan sebuah program yang dikhususkan bagi pertubuhan yang berdaftar di
sekitar Daerah Kuala Krai dan Gua Musang.
Program ini antara lain ingin memastikan pertubuhan mematuhi Akta
Pertubuhan 1966 dan semua undang-undang yang terpakai di Malaysia.