Galeri Foto

PROGRAM #ROS_CARE KASIH RAMADHAN (23 APRIL 2022)

Bersempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Pahang telah menganjurkan Program #ros_care Kasih Ramadhan. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama strategik bersama sembilan (9) buah pertubuhan berdaftar (NGO) yang diterajui oleh Pertubuhan Dapur Infaq Ummah Kuantan bagi menyantuni komuniti gelandangan di sekitar Bandaraya Kuantan.

Program ini telah diadakan di Perkarangan Surau Al Hidayah Jalan Dato' Wong Ah Jang Kuantan dan dirasmikan oleh Ketua Pengarah JPPM iaitu YBrs. Tuan Haji Mohd Nawardi bin Saad.

Antara intipati program adalah lawatan ke tapak Fertigasi penanaman terung oleh Pertubuhan Dapur Infaq, penyerahan juadah berbuka puasa kepada 120 orang gelandangan yang berada di sekitar kawasan tersebut dan penyerahan bakul makanan kepada gelandangan yang terlibat serta solat Tarawih berjemaah.


Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP