Program #ros_care Bil 3 Tahun 2022 ini telah diadakan di Dewan Sri Kempas Perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah Bera. Program ini mensasarkan pertubuhan yang masih belum di Migrasi dan juga pertubuhan baru yang telah lulus pendaftaran sepanjang tahun 2021 di dareah Bera.
Program ini adalah bertujuan untuk memastikan pertubuhan berdaftar bergerak sejajar dengan Akta Pertubuhan 1966, Undang-undang Tubuh Pertubuhan dan Dasar-dasar Negara serta memperkasakan pertubuhan ke arah pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
Sebanyak 11 Persatuan yang belum di Migrasi dan 11 Persatuan baru yang didaftarkan di daerah Bera sepanjang Tahun 2021.