Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Terengganu mengambil inisiatif untuk membuat Jerayawara Tadbir Urus
Pertubuhan Cemerlang untuk setiap daerah iaitu Marang, Dungun, Kemaman, Kuala
Nerus, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Setiu dan Besut secara berperingkat.
Dengan ini, secara tidak langsung dapat membuka mata persatuan bahawa JPPM
adalah sebuah jabatan yang sentiasa komited serta cakna terhadap persatuan.