Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Terengganu mengambil inisiatif untuk membuat Jerayawara Tadbir Urus Pertubuhan Cemerlang untuk setiap daerah iaitu Marang, Dungun, Kemaman, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Setiu dan Besut secara berperingkat. Dengan ini, secara tidak langsung dapat membuka mata persatuan bahawa JPPM adalah sebuah jabatan yang sentiasa komited serta cakna terhadap persatuan.