Kursus Pengurusan Pertubuhan dan taklimat penyata tahunan merupakan program bersiri yang dianjurkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Kelantan. Program telah diadakan seperti berikut:
Tarikh : 09 Februari 2022
Masa : 9.00
pagi hingga 1.30 Petang
Tempat : Bilik
Mesyuarat JPPM Negeri Kelantan
Program yang dijalankan
bagi memberi pendedahan kepada pertubuhan mengenai kursus pengurusan pertubuhan
yang mematuhi Akta Pertubuhan 1966 Undang-undang Tubuh Pertubuhan dan
Dasar-dasar Negara serta memberi pendedahan bagi pengisian penyata tahunan
secara atas talian melalui sistem eroses .
Pemilihan untuk menjemput seramai 33 orang yang terdiri daripada 11
pertubuhan untuk hadir ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri
Kelantan bagi memastikan pertubuhan mematuhi Akta Pertubuhan 1966. Pengurusan Pertubuhan (Pindaan).
Memberi pendedahan tanggungjawab sebagai jawatankuasa Utama-Pengerusi, Timbalan
Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari serta ahli Jawatakuasa
Biasa. Taklimat disampaikan oleh Encik Ahmad Ghazi Bin Mohd Zain dari JPPM
Negeri Kelantan.
Taklimat
penyata tahunan bagi Memberi pendedahan tentang tanggungjawab persatuan untuk
mengemukakan Penyata Tahunan dan implikasi sekiranya tidak mematuhi Akta
Pertubuhan 1966. Taklimat disampaikan oleh Puan Nor Fatin Diana Binti Abdulah
dari JPPM Negeri Kelantan