KUALA NERUS, 14 Ogos 2025 - Kursus Peningkatan Tahap Kemahiran Penyelia Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Di Terengganu Anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI).
Kursus ini adalah bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran para Penyelia/Petugas PPDK dari segi pengurusan pertubuhan PPDK.
Taklimat kursus ini disampaikan oleh Encik Haifizul Hafiz bin Abdul Halim, Penolong Pendaftaran Pertubuhan dari Cawangan Pengurusan Pertubuhan, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Terengganu.











