JOHOR BAHRU, JOHOR, 07 Januari
2026 (Rabu) - Program Pemeriksaan Bernotis ke atas pertubuhan Persatuan
Silambam Korvai Johor telah dilaksanakan pada jam 9.30 pagi.
Program ini melibatkan tiga (3)
pegawai JPPM Johor, bertujuan memastikan Pematuhan Akta Pertubuhan 1966,
pengesahan rekod dan dokumen, penilaian pengurusan kewangan serta pentadbiran
disamping memberi bimbingan bagi memperkukuh tadbir urus pertubuhan supaya
lebih telus, teratur dan berintegriti.





