JOHOR BAHRU, JOHOR, 06 Januari
2026 (Selasa) - Program Pemeriksaan Bernotis ke atas pertubuhan Persatuan
Penduduk Taman Desa Jaya, Johor Bahru telah dilaksanakan pada jam 9.00 pagi.
Program ini melibatkan dua (2)
pegawai JPPM Johor dan tiga (3) pegawai penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri
(KDN) Johor, bertujuan memastikan Pematuhan Akta Pertubuhan 1966, pengesahan
rekod dan dokumen, penilaian pengurusan kewangan serta pentadbiran disamping
memberi bimbingan bagi memperkukuh tadbir urus pertubuhan.





