KUCHING, 10 Mac 2025 : Perjumpaan Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Negeri Sarawak, Kementerian Dalam Negeri (PK KDN) yang diketuai oleh Tuan Asydidi bin Hamzah, Pengarah Bahagian PK KDN Negeri Sarawak bersama Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Sarawak, YBrs Hajiawati binti Tambi.
Turut hadir bersama Encik Atom anak Peter, Ketua Seksyen Penguatkuasaan Dan Pematuhan dan Encik Hortono Timothy anak George Garai. Perjumpaan ini lebih kepada perbincangan kolaborasi dan hala tuju serta KPI Jabatan Bahagian PK KDN.











