04.02.2025 | PROGRAM #ROSCARE BILANGAN 1/2025: SESI LIBAT URUS (SLU) TAKLIMAT SOP PERTUBUHAN (JAWATANKUASA PENGURUSAN) BAGI ZON 1 (BATU PAHAT, MUAR, KLUANG & SEGAMAT)
JPPM Negeri Johor telah mengadakan Taklimat Sesi Libat Urus (SLU): Taklimat SOP Pertubuhan Kepada Pertubuhan Kategori Keagamaan Sub Kategori Penganut Yang Berdaftar Di Bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Johor seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 04.02.2025 (Selasa)
Tempat : Dewan Seri Nilam, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTCE) Batu Pahat.
Majlis telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Maisara Ashran binti Mustafa, Pengarah JPPM Negeri Johor. Taklimat ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan memaklumkan ketetapan dasar baharu Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan JPPM mengenai SOP yang telah dirangka bagi pertubuhan sedia ada di bawah Kategori Keagamaan berkaitan pengurusan Pertubuhan Kategori Keagamaan khususnya Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) di Negeri Johor.
Di samping memastikan penyelarasan terhadap pertubuhan kategori Keagamaan lebih teratur dan seragam sebagai asas rujukan serta panduan kepada pertubuhan.











