KUCHING, 27 Februari 2025: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Sarawak telah menganjurkan Sesi Libat Urus (SLU) NGO Hal Ehwal Agama Islam bersama 39 Ahli Jawatankuasa (AJK) dari 13 pertubuhan di bawah kategori keagamaan yang berdaftar di bawah JPPM bertempat di Islamic Information Center (IIC), Kuching. Sesi telah disempurnakan oleh YBrs. Hajiawati binti Tambi, Pengarah JPPM Negeri Sarawak.
SLU ini bertujuan untuk memperkukuh kefahaman mengenai aspek tadbir urus, pematuhan perundangan, dan pemakluman Standard Operating Prosedure (SOP) baharu. Turut hadir dalam sesi ini ialah wakil jabatan Majlis Islam Sarawak (MIS), Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), dan pegawai Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Melalui sesi ini, pertubuhan di bawah ketegori keagamaan diberikan pendedahan mengenai kepentingan pematuhan terhadap Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) dalam pengurusan pertubuhan.
Diharapkan SLU ini menjadi platform berterusan dalam memperkasa tadbir urus pertubuhan di bawah kategori keagamaan selaras dengan perundangan yang berkuatkuasa.


















