PROGRAM PEMERIKSAAN BERNOTIS BIL. 32/2025 KE ATAS PERTUBUHAN
JOHOR BAHRU, JOHOR, 19 November 2025 (Rabu) – JPPM Johor telah melaksanakan Pemeriksaan Bernotis Bil. 32/2025 ke atas Pertubuhan Penganut Arulmigu Sithi Vinayagar, Taman Johor Jaya pada jam 12.30 tengah hari.
Pemeriksaan ini dikendalikan oleh dua (2) pegawai JPPM Johor dengan penyertaan tiga (3) pegawai PK KDN Negeri Johor. Pelaksanaan pemeriksaan memberi fokus kepada tahap pematuhan pertubuhan terhadap Akta Pertubuhan 1966, ketelusan rekod serta dokumen rasmi, dan keberkesanan pengurusan kewangan dan pentadbiran. Sesi turut merangkumi pemantauan serta bimbingan bagi memperkukuh tadbir urus pertubuhan secara menyeluruh. JPPM Johor merakamkan penghargaan kepada pihak pertubuhan atas kerjasama sepanjang pemeriksaan berlangsung.





