Galeri Foto

PROGRAM #ROS_CARE TAKLIMAT PINDAAN PERLEMBAGAAN MIGRASI DAN KAEDAH PENGHANTARAN PENYATA TAHUNAN BIL. 2 TAHUN 2025

IPOH, 30 Julai 2025 (Rabu) - Telah berlangsung Program #ros_care Taklimat Pindaan Perlembagaan Migrasi dan Kaedah Penghantaran Penyata Tahunan Bil. 2 Tahun 2025 yang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 5, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Ipoh.

Objektif taklimat ini adalah bertujuan memberikan panduan kepada pertubuhan dalam mengemukakan permohonan pindaan perlembagaan secara teratur dan lengkap, terutamanya kepada pertubuhan yang masih belum migrasi perlembagaan di dalam sistem eROSES. Taklimat ini juga bertujuan untuk menerangkan kaedah pengisian penyata tahunan yang betul dan mematuhi ketetapan yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan.

Taklimat telah disampaikan oleh Puan Atiqah inti Noh, dari Cawangan Pengurusan Pertubuhan dan Puan Nur Ashiqin binti Ariff, dari Cawangan Penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Perak.

Para peserta yang hadir menunjukkan komitmen yang baik sepanjang program berlangsung.

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP