Galeri Foto

KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI KANAN PENDAFTARAN BELIA KE JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA NEGERI PERAK BERHUBUNG PINDAAN AKTA 668 (A1602)
IPOH, 18 Ogos 2025 (Isnin) – Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Perak telah menerima kunjungan hormat daripada Pegawai Kanan Pendaftaran Pertubuhan Belia Zon Tengah, Puan Zaida binti Zakaria.
Tujuan utama kunjungan hormat oleh Pegawai Kanan Pendaftaran Belia ke Jabatan ini adalah untuk memberikan penerangan berhubung Pindaan Akta 668 (A1602) yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026, termasuk implikasi pelaksanaannya.
Kunjungan ini juga menjelaskan ekspektasi terhadap permohon pendaftaran baharu di bawah Akta Pertubuhan 1966 khususnya daripada individu yang tidak layak memenuhi kriteria keahlian di Bawah Akta Belia 668 (A1602).
Kunjungan ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Perak dan pihak Pendaftaran Pertubuhan Belia, selain memastikan Pendaftaran Pertubuhan sentiasa releven dan patuh kepada akta dan peraturan yang sedang berkuatkuasa.
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP