Galeri Foto

TAKLIMAT SOP RIBI PULAU PINANG BERSAMA AGENSI KERAJAAN

TAKLIMAT SOP RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM (RIBI) BERSAMA AGENSI KERAJAAN

Pulau Pinang, 18 Ogos 2025 — Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Pulau Pinang hari ini telah mengadakan Taklimat Standard Operating Procedure (SOP) Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) bersama agensi-agensi kerajaan yang menyelia RIBI.

Taklimat ini berlangsung di Bilik Mesyuarat JPPM Pulau Pinang bermula jam 10.00 pagi, dengan kehadiran wakil-wakil daripada pelbagai agensi berkaitan.

Penganjuran taklimat ini bertujuan untuk memberi kefahaman yang jelas mengenai pelaksanaan SOP RIBI serta memastikan pengurusan rumah ibadat bukan Islam berjalan dengan lebih teratur, tersusun dan selaras dengan garis panduan kerajaan.

Melalui sesi ini, para peserta berpeluang mendapatkan penjelasan terperinci serta berkongsi pandangan dalam usaha memperkukuh kerjasama strategik antara agensi kerajaan dengan pihak pengurusan rumah ibadat bukan Islam di negeri Pulau Pinang.

JPPM Pulau Pinang percaya bahawa taklimat seumpama ini dapat mempertingkat keberkesanan sistem penyelarasan dan pematuhan SOP, sekaligus menyokong keharmonian serta kesejahteraan masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini.

Taklimat di sampaikan oleh Puan Pengarah JPPM Kedah Wakil-wakil dari kerajaan negeri dan pusatSesi Penyampaian TaklimatWakil-wakil yang hadirSesi TaklimatTaklimat Ribi Bersama Agensi Kerajaan
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP