Kota Bharu, 11 Februari 2025 : Program #ros_care Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Kelantan Tahun 2025 : Kursus Pengurusan Pertubuhan Berkualiti, Pindaan Perlembagaan,Taklimat Pembaharuan Setiausaha dan Penyata Tahunan bertempat di Bilik Mesyuarat JPPM Negeri Kelantan.
Tujuan pelaksanaan program ini berteraskan pengurusan pertubuhan dalam memangkin pemantapan NGO yang berdaftar di bawah JPPM Negeri Kelantan.
Program bersama pertubuhan merupakan salah satu inisiatif jabatan bagi membuat pemantauan ke atas pertubuhan mengikut Akta Pertubuhan 1966.
Program in juga dihadiri seramai 19 peserta terdiri daripada 12 persatuan yang berdaftar dengan Jabatan Pertubuhan Malaysia Negeri Kelantan.