27.01.2025 | PEMERIKSAAN BERNOTIS BIL 6/2025 KE ATAS PERTUBUHAN BERDAFTAR
JPPM Negeri Johor dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan & Kawalan (PK) KDN Johor telah menjalankan pemeriksaan bernotis di premis pertubuhan berdaftar. Objektifnya adalah bertujuan untuk memastikan pentadbiran pertubuhan berdaftar adalah teratur, berintegriti dan tidak melanggar Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832). Ini adalah sejajar dengan prinsip Kementerian Dalam Negeri (KDN), keselamatan adalah tanggungjawab bersama.