JELI, 18 Oktober 2024 : Program #ros_care Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Kelantan Tahun 2024 : Kursus Pengurusan Pertubuhan Berkualiti bertempat di Dewan KRT Jeli 17600 Bandar Jeli, Kelantan.
Tarikh : 18 Oktober 2024
Masa : 3.00 petang – 5.30 petang
Tempat : Dewan KRT Bandar Jeli
Tujuan pelaksanaan program ini berteraskan pengurusan pertubuhan dalam memangkin pemantapan NGO yang berdaftar di bawah JPPM Negeri Kelantan.
Program bersama pertubuhan merupakan salah satu inisiatif jabatan bagi membuat pemantauan ke atas pertubuhan mengikut Akta Pertubuhan 1966.
Program in juga dihadiri seramai 62 peserta terdiri daripada persatuan daerah Jeli yang berdaftar dengan Jabatan Pertubuhan Malaysia Negeri Kelantan.









