Galeri Foto

PROGRAM #ROS_CARE TAHUN 2025 ANJURAN JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA (JPPM) NEGERI KELANTAN

Program #ros_care Tahun 2025 anjuran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Kelantan sekali lagi berjaya dilaksanakan dengan penuh jayanya pada 15 November 2025 (Sabtu). Dewan Masjid Mas Omar, Taman Zasna Badang, Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bharu menjadi saksi kepada himpunan komuniti pertubuhan yang hadir bagi menimba ilmu dan memperkukuh hubungan bersama agensi kerajaan. Seawal pagi, para peserta mula mendaftar sebelum majlis dimulakan dengan bacaan doa penuh syahdu serta alunan lagu “Malaysia Madani” dan “ROS Cemerlang” yang menyemarakkan lagi semangat cintakan tanah air serta integriti pertubuhan.

Suasana program bertambah ceria dengan ucapan alu-aluan oleh wakil Pertubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Aspirasi Kota Bharu, Hj. Zulkifli Md Zain, sebelum perasmian disempurnakan oleh Penolong Pendaftar JPPM Negeri Kelantan, En. Mohd Bakri Bin Che Mohamed Arif. Seterusnya, peserta dibawa menyelami ilmu keselamatan digital melalui ceramah oleh Inspektor Noor Fashimah binti Hashim dari IPD Kota Bharu bertajuk “Lindungi Diri Anda dan Kenali Jenayah Scammer”, bagi memupuk kesedaran agar lebih peka terhadap ancaman penipuan yang semakin berleluasa masa kini.

Tidak kurang menarik, perkongsian bermanfaat daripada Ustaz Muzilmanhasan bin Mustaffa, Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN Kelantan turut memberi pencerahan mengenai “Kaedah Pemulihan Al-Quran yang Diluluskan KDN dan Penggunaan Mengikut Garis Panduan yang Ditetapkan”. Penyampaian ilmu tersebut membuka ruang kefahaman yang lebih jelas kepada peserta dalam aspek pematuhan peraturan dan garis panduan agama.

Program ditutup dengan solat berjemaah yang mengeratkan ukhuwah serta jamuan tengah hari sebagai pelengkap aktiviti sebelum peserta bersurai dengan wajah penuh kepuasan dan harapan baharu. JPPM Negeri Kelantan merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga dan komitmen dalam menjayakan penganjuran ini. Semoga Program #ros_care terus menjadi platform bermanfaat dalam memperkukuh kefahaman, memperkasakan integriti serta mempererat jalinan kerjasama antara jabatan dan masyarakat demi kemajuan komuniti pertubuhan di Negeri Kelantan.

Program #ros_care Tahun 2025 anjuran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Kelantanucapan alu-aluan oleh wakil Pertubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Aspirasi Kota Bharu, Hj. Zulkifli Md Zainperasmian disempurnakan oleh Penolong Pendaftar JPPM Negeri Kelantan, En. Mohd Bakri Bin Che Mohamed Arifpeserta dibawa menyelami ilmu keselamatan digital melalui ceramah oleh Inspektor Noor Fashimah binti Hashim dari IPD Kota Bharu bertajuk “Lindungi Diri Anda dan Kenali Jenayah Scammer”, bagi memupuk kesedaran agar lebih peka terhadap ancaman penipuan yang semakin berleluasa masa kiniProgram #ros_care Tahun 2025 anjuran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri KelantanProgram #ros_care Tahun 2025 anjuran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri KelantanProgram #ros_care Tahun 2025 anjuran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri KelantanProgram #ros_care Tahun 2025 anjuran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri KelantanTidak kurang menarik, perkongsian bermanfaat daripada Ustaz Muzilmanhasan bin Mustaffa, Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN Kelantan turut memberi pencerahan mengenai “Kaedah Pemulihan Al-Quran yang Diluluskan KDN dan Penggunaan Mengikut Garis Panduan yang Ditetapkan”. Penyampaian ilmu tersebut membuka ruang kefahaman yang lebih jelas kepada peserta dalam aspek pematuhan peraturan dan garis panduan agama.Program #ros_care Tahun 2025 anjuran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Kelantan
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP