Ipoh, Perak – 12 Mac – Taklimat Pindaan Perlembagaan merupakan program yang dianjurkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Perak. Taklimat ini disasarkan kepada pertubuhan-pertubuhan yang berdaftar di Negeri Perak dan masih tidak melaksanakan migrasi Perlembagaan di dalam sistem eRoses. Taklimat ini merupakan salah satu inisiatif Jabatan untuk menggerakkan dan melaksanakan sepenuhnya bahawa semua urusan migrasi Perlembagaan Pertubuhan dilaksanakan secara holistik di atas talian. Taklimat ini diadakan dengan memberi taklimat ringkas berkaitan tatacara permohonan pindaan dan kaedah tatacara bagi permohonan pindaan perlembagaan di dalam sistem. Sebanyak 33 peserta daripada 29 pertubuhan yang telah hadir ke kursus ini.