Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Pahang telah mengadakan Bengkel Pemantapan Transfer of Knowledge Sistem Eroses 2.0 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Pahang (#ros_care Siri 5 Tahun 2026) Bersama Pergerakan Puteri Islam Malaysia Cawangan Perhubungan Negeri Pahang. Program ini diadakan untuk memberi pendedahan dan bimbingan secara langsung mengenai sistem e-Roses V2.0 yang baru. Program ini juga memberi pendedahan tentang konsep asas, meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam mengurusan pertubuhan serta memastikan pertubuhan bergerak sejajar dengan Akta Pertubuhan 1966 dan Undang-Undang Pertubuhan.













