Galeri Foto

LAWATAN SUSULAN PROGRAM KAMPUNG ANGKAT MADANI, KAMPUNG SINDANG BARU, KOTA SAMARAHAN
KOTA SAMARAHAN, 26 Jun 2025: Satu lawatan susulan bersama agensi pelaksana bagi Program Kampung Angkat Madani JPPM 2025 telah diadakan di Kampung Sindang Baru, Kota Samarahan.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau lokasi pemilihan projek dan berbincang berkenaan tatacara dan prosedur pelaksanaan. Lawatan projek susulan daripada Mesyuarat Kick-Off Kampung Angkat Madani yang telah diadakan pada bulan Mei yang lepas. Sejurus selepas lawatan tapak, sesi perbincangan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Bahagian Samarahan.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Adam bin Abu Hanipah, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) yang baharu dengan kehadiran bersama YBrs. Puan Hajiawati binti Tambi, Pengarah JPPM Negeri Sarawak dan YBrs. Tuan Ahmad bin Abdul Razak, Pegawai Daerah Samarahan. Turut hadir ialah wakil-wakil daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Samarahan, Jabatan Kerja Raya Bahagian Samarahan, Pejabat Ahli Parlimen P.197 Kota Samarahan, serta Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung Sindang Baru (Hulu dan Hilir).
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan pelbagai pihak dalam menyokong aspirasi kerajaan Madani khususnya melalui pendekatan kolaboratif antara agensi kerajaan demi kesejahteraan masyarakat.
-------------
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP