Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Pahang telah mengadakan Bengkel Pemantapan Transfer of Knowledge Sistem Eroses 2.0 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Pahang (#ros_care Siri 4 Tahun 2026) bersama Gabungan Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Negeri Pahang (GPSK) dan Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Daerah. Program ini diadakan untuk memberi pendedahan dan penerangan mengenai sistem e-Roses V2.0 yang baru. Program ini juga memberi pendedahan tentang konsep asas, dan tadbir urus pertubuhan kepada pemegang jawatan serta memastikan pertubuhan bergerak sejajar dengan Akta Pertubuhan 1966 dan Undang-Undang Pertubuhan.











