Galeri Foto

LAWATAN NAZIRAN BERKAITAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA OLEH KEMENTERIAN DALAM NEGERI BAGI ZON SELATAN

MELAKA, 17 APRIL 2025Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah melaksanakan naziran berkaitan Pengurusan Sumber Manusia di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Melaka sebagai sebahagian daripada siri lawatan naziran ke atas Jabatan/ Agensi di bawah KDN bagi Zon Selatan yang berlangsung selama tiga (3) hari dari 14 hingga 17 April 2025.


Program naziran ini bertujuan untuk meneliti dan menyemak kepatuhan Jabatan terhadap arahan serta dasar yang terkandung dalam Teras 4, Pelan Strategik Kementerian Dalam Negeri berkaitan Pengurusan Sumber Manusia di Jabatan/ Agensi yang terlibat.

Sesi audit naziran turut merangkumi semakan dokumen seperti urusan perjawatan, elaun, kemudahan, perkhidmatan, kenaikan pangkat dan latihan.Naziran tersebut diketuai oleh Puan Nazuha binti Mothar dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KDN bersama pegawai-pegawai yang lain iaitu Puan Azwani binti Md Azizan dan Encik Shahrul Hamidi bin Mat Ali.


Pihak Jabatan merakamkan penghargaan atas komitmen dan kerjasama semua pihak yang terlibat dalam sesi lawatan naziran ini.



123456
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP