Galeri Foto

PROGRAM OUTREACH (AMLATFPUAA) BERSAMA SPRM “PENYELEWENGAN DANA AWAM SERTA SALAH GUNA KUASA DAN PUNCA KUASA

28 Jun 2025, Langkawi - Telah berlangsung Program Outreach (AMLATFPUAA) bertajuk "Penyelewengan Dana Awam Serta Salah Guna Kuasa dan Punca Kuasa” dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kedah.  Program ini telah dihadiri seramai 102 orang daripada 50 buah pertubuhan pelbagai kategori di sekitar Langkawi.  


Ceramah telah disampaikan oleh Tuan Mohd Azfar bin Johari, Penolong Pegawai Siasatan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kedah. Program ini bertujuan supaya pertubuhan dapat meneliti dan memahami bagaimana penyalahgunaan kuasa serta penyelewengan dana awam boleh berlaku dalam organisasi, dan bagaimana pertubuhan perlu tahu dari mana datangnya kuasa pertubuhan, serta batasannya. Dengan kerjasama strategik bersama SPRM, JPPM Negeri Kedah berusaha untuk memperkasakan integriti, memperbaiki tadbir urus, dan mendidik pertubuhan agar lebih peka terhadap isu-isu yang melibatkan rasuah dan salah laku dalam pertubuhan.


Program ini diharap dapat memperkukuhkan kefahaman tentang tanggungjawab pertubuhan dan ahli-ahli pertubuhan bagi mengelakkan sebarang bentuk penyelewengan dan salah laku.

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP