ALOR GAJAH & MELAKA TENGAH, 3 Julai 2025 — Program pemeriksaan bernotis ke atas pertubuhan kategori sosial dan kebajikan telah dijalankan pada hari ini di alamat premis pertubuhan berdaftar. Program ini dilaksanakan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Melaka dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasa dan Kawalan (PK) Negeri Melaka, Kementerian Dalam Negeri (KDN). Pemeriksaan telah dijalankan terhadap dua (2) pertubuhan dengan kehadiran seramai 7 orang wakil pertubuhan.
Tujuan utama program pemeriksaan bernotis ini ialah untuk memastikan
pertubuhan-pertubuhan yang berdaftar diurus tadbir secara baik dan berkualiti
selaras dengan Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832] dan Undang-Undang Tubuh Pertubuhan.
Pihak Jabatan merakamkan penghargaan atas komitmen dan kerjasama semua
pihak yang terlibat dalam program pemeriksaan bernotis ini.















