08.12.2024 | Ahad - SESI KUNJUNGAN HORMAT CAWANGAN KHAS IPK JOHOR KE JPPM JOHOR
Pada sesi kunjungan hormat tersebut, Pengarah JPPM Negeri Johor, YBhg. Puan Maisara Ashran binti Mustafa mengiringi Ketua Cawangan Khas, Supt. Tuan Mohd Nazroll bin Amir bagi menandatangani Buku Pelawat dan seterusnya ke bilik mesyuarat bagi sesi perbincangan selanjutnya.
Sesi kunjungan hormat ini adalah perkongsian pengetahuan bagi pengurusan pertubuhan dan penguatkuasaan serta membantu mewujudkan kerjasama lebih akrab di antara kedua-dua agensi.