Bertempat di Pustaka Negeri Sarawak, Jalan Kipas, Miri. Sesi ini telah menghimpunkan 69 orang Ahli Jawatankuasa (AJK) daripada 45 pertubuhan rumah ibadat bukan Islam, bertujuan untuk meningkatkan kefahaman terhadap pematuhan perundangan dan amalan tadbir urus yang baik dalam pertubuhan keagamaan.
Selain itu sesi ini turut dihadiri oleh 2 pegawai dari Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Miri, iaitu Encik Anthony Aboi dan Encik Joseph anak Sindang, seorang dari Pejabat Daerah Miri iaitu Encik Edward Tawang dan wakil daripada Pusat Khidmat N73 Piasau dan N74 Pujut.
Sesi libat urus ini menjadi wadah intelektual bagi memperkasakan kecekapan pentadbiran pertubuhan keagamaan, memastikan keselarasan dengan dasar sedia ada dan dasar baharu serta memperkukuh akauntabiliti dan pematuhan terhadap Akta Pendaftaran Pertubuhan 1996.











