Ipoh, Perak – 22 April – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) berperanan dalam mengawal selia pengurusan pertubuhan, program dan aktiviti supaya tidak bertentangan dengan perlembagaan pertubuhan, dasar negara, keamanan, kebajikan dan keselamatan, ketenteraman awam atau keharmonian sosio budaya berlandaskan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) dan Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984.
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Sumber Manusia (JKPSM) Bil. 3/2022 pada 25 April 2022 telah memutuskan satu kolaborasi antara JPPM dan PK, KDN bertujuan bagi memantapkan fungsi JPPM dalam mengawal selia dan memantau aktiviti pengurusan pertubuhan serta menguatkuasakan pematuhan di bawah Akta Perubuhan 1966 (Akta 832) dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984 selain dapat memantaokan kemahiran pegawai berkaitan proses pemeriksaan bernotis atau tidak bernotis terhadap pertubuhan-pertubuhan yang berdaftar di bawah JPPM.
Sebagai usaha menambahkan ilmu para pegawai baru khususnya dan pegawai/kakitangan sedia ada amnya, Jabatan mengadakan wadah perkongsian ilmu yang merangkumi pengenalan dan penguatkuasaan Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832], Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984 serta pengurusan pertubuhan.