Galeri Foto

PROGRAM ROS_CARE PENGURUSAN PERTUBUHAN BERSAMA JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA (JPPM) NEGERI KEDAH


29 Jun 2025, Langkawi- Telah berlangsung Program ROS_Care "Pengurusan Pertubuhan Baharu" bersama pertubuhan-pertubuhan di Langkawi. Program ini telah dihadiri seramai 58 orang daripada 27 buah pertubuhan pelbagai kategori di sekitar Langkawi. 


Tujuan taklimat adalah  untuk memberi penerangan dan pendedahan dengan lebih mendalam tentang tadbir urus sesebuah pertubuhan yang telah diluluskan pendaftarannya supaya pertubuhan dapat bergerak selaras dengan Perlembangaan Pertubuhan dan Akta Pertubuhan 1966 serta memberi pendedahan kepada pertubuhan berkenaan penerapan nilai-nilai integriti dalam mentadbir pertubuhan.


Taklimat bertajuk "Pengurusan Pertubuhan Berkualiti" telah disampaikan oleh Puan Mardiana binti Omar, Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Kedah.  Manakala  Inspektor Mohd Nor Syazwan bin Ismail, Pegawai Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Kedah telah menyampaikan ceramah bertajuk "Pengurusan Aduan".

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP