AYER KEROH, 22 Julai 2025 – Telah berlangsung Kursus Peningkatan Tahap Kemahiran Penyelia / Petugas Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) yang diadakan di Hotel Kobemas, MITC, Ayer Keroh, Melaka. Kursus ini adalah merupakan program kerjasama antara Jabatan ini dengan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI). Seramai 73 orang peserta daripada PPDK Johor telah menghadiri kursus ini.
Objektif utama kursus ini adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran para Penyelia/ Petugas PPDK dari segi cara latihan pemulihan yang
bersesuaian dan lebih efektif kepada anak-anak istimewa dengan teknik terkini.
Selain itu, ilmu pengurusan dan pentadbiran yang dipelajari akan dapat
diaplikasi dan dilaksanakan dalam sistem pengurusan di PPDK agar lebih
berkesan, teratur dan sistematik.













