AYER KEROH, 11 Februari 2026 – Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Negeri Melaka, Jabatan Perdana Menteri telah melaksanakan program Inspektorat Pematuhan Keselamatan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Melaka pada hari ini.
Program inspektorat ini bertujuan untuk menilai tahap pematuhan terhadap dasar keselamatan perlindungan khususnya dari segi aspek fizikal, dokumen dan personel di institusi kerajaan. Ia melibatkan pemeriksaan, panduan (coaching), dan penilaian Star Rating untuk penambahbaikan berterusan.
Program tersebut diketuai oleh Puan Siti Hajar binti Osman, Timbalan Pengarah Keselamatan Kerajaan Unit Keselamatan Perlindungan bersama pegawai-pegawai yang lain iaitu Puan Noor Hafizah binti A. Wahab serta Encik Rosaini bin Said.
Pihak Jabatan sentiasa komited dalam memastikan tahap keselamatan dan perlindungan aset serta maklumat sentiasa berada pada tahap optimum selaras dengan Arahan Keselamatan (semakan dan pindaan 2017).














