Program ini adalah bertujuan bagi menghargai peranan besar yang dimainkan oleh pertubuhan/badan bukan Kerajaan (NGO) dalam membantu pihak Kerajaan melaksanakan segala program atau agenda dalam pembangunan rakyat, juga sebagai tanda penghargaan kepada pertubuhan-pertubuhan yang banyak memberi khidmat bakti kepada masyarakat tidak kira dalam apa bentuk sekalipun.