DURIAN TUNGGAL, 7 April 2026 — Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Melaka dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasa dan Kawalan (PK) Negeri Melaka, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menjalankan Program Pemeriksaan Bernotis Ke Atas Pertubuhan Kategori Keagamaan di alamat premis pertubuhan berdaftar. Pemeriksaan telah dijalankan terhadap sebuah pertubuhan dengan kehadiran seramai empat (4) orang wakil pertubuhan.
Tujuan utama program
pemeriksaan bernotis ini ialah untuk memastikan pertubuhan-pertubuhan yang
berdaftar diurus tadbir secara baik dan berkualiti selaras dengan Akta
Pertubuhan 1966 [Akta 832] dan Undang-Undang Tubuh Pertubuhan.










