Galeri Foto

LAWATAN TURUN PADANG: PERSATUAN WARGA EMAS ENOCH
SIBU, 19 Jun 2025: Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Sarawak, YBrs. Puan Hajiawati binti Tambi telah mengadakan lawatan turun padang ke premis Persatuan Warga Emas Enoch, Sibu bagi meninjau tadbir urus dan aktiviti pertubuhan.
Lawatan muhibbah ini memberi ruang untuk mendalami lebih lanjut peranan dan sumbangan kelab dalam komuniti, selaras dengan objektif pertubuhan dalam menjalankan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan setempat. Ini penting dalam mendapatkan maklum balas secara terus berkenaan keperluan semasa, cabaran yang dihadapi serta isu- isu berkaitan pengurusan dan tadbir urus pertubuhan.
Persatuan Warga Emas Enoch Sibu terpilih berdasarkan rekod pencapaian yang membanggakan serta penglibatan aktif pertubuhan ini dalam memperkasakan komuniti warga emas di sekitar Sibu.
Semoga lawatan turun padang muhibbah ini dapat mewujudkan jaringan kerjasama dan komukasi dua hala yang berterusan serta dapat memperkukuhkan sistem pengurusan pertubuhan yang berkualiti dan memberi impak kepada komuniti amnya.
---------------
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP