Galeri Foto

PROGRAM JARINGAN KERJASAMA STRATEGIK ANJURAN JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA (JPPM) NEGERI MELAKA: CERAMAH RISIKO PENGUBAHAN WANG HARAM (AMLA) DAN PEMBIAYAAN AKTIVITI KEGANASAN

AYER KEROH, 6 Ogos 2025 Telah berlangsung Program Jaringan Kerjasama Strategik anjuran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Melaka dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka bertempat di Dewan Persidangan, Aras 4, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Seramai 36 orang peserta daripada 20 pertubuhan telah hadir menjayakan program ini.


Objektif utama program ini adalah untuk memberi penerangan yang jelas mengenai konsep pengubahan wang haram dan pembiayaan aktiviti keganasan khususnya melibatkan pertubuhan-pertubuhan berdaftar. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendorong pertubuhan mengamalkan pengurusan yang baik dan bertanggungjawab melalui pelaksanaan amalan-amalan terbaik.


Ceramah Risiko Pengubahan Wang Haram (AMLA) dan Pembiayaan Aktiviti Keganasan telah disampaikan oleh Tuan Che Wan Muhammad Nasir bin Baharuddin, Penolong Penguasa, Unit Penyiasatan Tatakelola, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka.


Pihak Jabatan merakamkan penghargaan atas kesudian pihak SPRM Negeri Melaka hadir menyampaikan ceramah pada hari ini dan ucapan terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penganjuran program pada hari ini.



12345678910131112141516
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP