Galeri Foto

SESI LIBAT URUS BERHUBUNG PINDAAN AKTA PERTUBUHAN 1966 [AKTA 832] ZON SELATAN

MELAKA, 15 MAC 2025Telah berlangsung Sesi Libat Urus berhubung Pindaan Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832] Zon Selatan yang diadakan di Courtyard by Marriot, Melaka dengan kehadiran seramai 285 orang peserta yang mewakili 185 pertubuhan dari tiga (3) buah negeri zon selatan iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Objektif utama penganjuran sesi libat urus ini ialah bertujuan untuk menjelaskan cadangan pindaan Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832] dan bagi mendapatkan pandangan serta cadangan penambahbaikan daripada wakil pertubuhan bagi membantu Jabatan dalam melaksanakan pindaan agar Akta Pertubuhan 1966 lebih bersifat inklusif seiring dengan keperluan semasa.

Sesi libat urus ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Mohd Zulfikar bin Ahmad, Ketua Pengarah JPPM.

Turut hadir bersama YBrs. Dr. Norliza binti Dolhan, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan, Kementerian Dalam Negeri, YBrs. Tuan Wan Zainul Azam bin Khamid @ Abdul Majid, Timbalan Ketua Pengarah JPPM, YBrs. Cik Aimee Yusreena binti Yunus, Penasihat Undang-Undang JPPM, serta barisan kepimpinan Pengarah JPPM Bahagian dan Negeri, pegawai-pegawai Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan, Kementerian Dalam Negeri serta warga kerja JPPM Negeri Melaka, Johor dan Negeri Sembilan.

Pihak Jabatan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi libat urus ini.


12345678910111213141516171819
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP