Galeri Foto

MESYUARAT KE-2 PENYELARASAN PROGRAM KAMPUNG ANGKAT MADANI JPPM TAHUN 2025
KOTA SAMARAHAN, 17 November 2025: Mesyuarat Ke-2 Penyelarasan Program Kampung Angkat MADANI Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Tahun 2025 telah diadakan di bilik mesyuarat, Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Samarahan. Program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato Zulfikar bin Ahmad, Ketua Pengarah, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
Turut hadir YBrs. Dr Adam bin Abu Hanipah, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), YBrs. Puan Hajiawati binti Tambi, Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Sarawak, YBrs. Encik Shahrizal bin Nuar@Anuar, YBrs. Encik Ahmad bin Abdul Razak, Pegawai Daerah Samarahan, YBrs. Tuan Haji Issnu bin Dollah, Guru Besar, SK Dato Mohd Musa, wakil-wakil daripada Jabatan Pengairan Dan Saliran Bahagian Samarahan, Majlis Perbandaran Kota Samarahan, Jabatan Kerja Raya Bahagian Samarahan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), PDRM, JPJ, Jabatan Penerangan Sarawak, KPDN Sarawak. Turut serta Penghulu, Ketua-ketua Kampung Sindang, Kota Samarahan.
Mesyuarat ini bertujuan untuk menyelaras aturcara dan susun atur perjalanan Majlis Penyerahan Projek bagi Program Kampung Angkat MADANI yang akan berlansung 29 November 2025 kelak di SK Dato Mohd Musa.
Pihak JPPM berharap dengan adanya bantuan dan kerjasama daripada agensi-agensi yang terlibat serta sokongan daripada masyarakat Kampung Sindang akan menyempurnakan majlis tersebut dengan jayanya.
------
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP